Friday, August 23, 2013

PERKAITAN KECERDASAN SPIRITUAL DAN MOTIVASI KERJA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah merafakkan setinggi kesyukuran kepada yang maha esa dan bersyukurlah kerana kita dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana aman damai hasil kemerdekaan negara. Ketika beberapa negara Islam dilanda perang saudara atau diserang musuh, kita dapat menjalani ibadah puasa dan berhari raya dengan sempurna. Saat kita makan dengan pelbagai juadah terhidang tetapi saudara-saudara kita di Palestin menerima bedilan senjata. Begitu juga di Mesir, tindakan kerajaan sementara menanggani  kebangkitan penyokong bekas presiden yang digulingkan mengundang kepada kehancuran demokrasi  malah bakal mengheret negara itu ke kancah perang saudara seperti mana yang berlaku di Iraq yang tiada kesudahannya mahupun di Syria ketika ini.Titipkankan doa buat saudara-saudara kita di sana. Justeru itu, mari sama-sama antara kita menjaga keamanan yang ada agar kenikmatan ini akan terus dinikmati oleh generasi anak cucu kita.

Santapan minda kali ini, ingin mengajak para pembaca sekalian menghayati artikel Perkaitan Kecerdasan Spiritual dan Motivasi Kerja, hasil sumbangan Encik Mohd Haikal Anuar Bin Adnan dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA.

Salam Eid-Mubarak-Salam Aidilfitri 1434 Hijrah. Salam kemerdekaan, Malaysiaku berdaulat tanah tumpahnya darahku.








Friday, July 12, 2013

PUASA & PSIKOLOGI

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan Kareem.

Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah swt yang masih mengizinkan kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Bulan yang diawalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya adalah kebebasan dari api neraka. Bagaimana persiapan diri kita dalam menempuhi bulan ini? Sebagai seorang muslim mari kita bersama-sama memanfaatkan peluang yang Allah berikan tanpa kita mensia-siakannya kerana tahun hadapan belum tentu lagi dapat kita bertemu dengannya.

Santapan minda kali ini, ingin mengajak para pembaca sekalian menghayati artikel sumbangan Cik Nurfarhah bt Mohd Najib dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA yang bertajuk Puasa & Psikologi. Selamat membaca dan semoga kita memperbanyakkan amalan di dalam bulan mulia ini. Marhaban Ya Ramadhan.








Monday, June 24, 2013

MENCARI KEREDHAAN HAKIKI UNTUK KETENANGAN ABADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan.

Kami dari meja editor Santapan Minda mendoakan agar para pembaca sekalian berada dalam kesihatan yang baik dan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah swt. Sejak beberapa hari lalu, jerebu di semenanjung Malaysia kelihatan semakin membimbangkan akibat kebakaran hutan di Wilayah Riau, Sumatera Tengah Indonesia. Didapati sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100 yang dianggap tidak sihat, berlaku di beberapa kawasan seperti di negeri Johor, Melaka dan Selangor. Kebakaran tersebut turut memberi kesan kepada negara jiran yang lain seperti di Singapura yang  dengan mencatat bacaan IPU melebihi 600. 

Oleh itu dinasihatkan supaya kita sama-sama perbanyakkan minum air masak dan memakai penutup mulut dan hidung, serta  mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan daripada banyak melakukan aktiviti luar. Doakan supaya negara kita Malaysia dapat mengatasi masalah jerebu ini bersama negara Indonesia dan Singapura dengan penuh semangat ASEAN yang sejati.

Bagi perkongsian kali ini, ayuh kita hayati artikel bertajuk Mencari Keredhaan Hakiki untuk Ketengan Abadi yang disumbangkan oleh Puan Haslinda Abdul Razak. Semoga bermanfaat.













Tuesday, May 21, 2013

BEKERJA SAMBIL BELAJAR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Para pembaca yang dihormati,

Syukur kita dapat bersua kembali dan santapan minda kali ini ingin kongsikan kepada para pembaca sekalian artikel mengenai Tips bekerja sambil belajar yang ditulis oleh Cik Nor Azrin Binti Ishak dari Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA. Semoga artikel ini dapat kita hayati bersama-sama.

Selamat membaca.








                              Untuk paparan artikel yang lebih jelas, sila KLIK DI SINI