Wednesday, December 29, 2010

AZAM TAHUN BARU….DI MANAKAH KITA??

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan.

Para pembaca yang dihormati,

Bersua kita sekali lagi dalam ruangan Santapan Minda. Mungkin ini akan menjadi pertemuan terakhir kita bagi tahun 2010. Walaubagaimanapun, sidang redaksi Santapan Minda tetap berusaha untuk menyajikan artikel dan bacaan terbaik kepada para pembaca yang mungkin dapat dijadikan bingkisan terakhir bagi menutup tirai 2010 yang gemilang.

Bagi edisi kali ini, marilah kita sama-sama menghayati artikel yang ditulis oleh Puan Siti Syahida binti Jamalluddin dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Selamat membaca dan Selamat tahun baru 2011 dari kami di meja pengarang.






Tuesday, December 7, 2010

Edisi Khas Maal Hijrah : KERJA BERPASUKAN : PERPADUAN KE ARAH PENINGKATAN PRODUKTIVITI KERJA

Assalamualaikum wbt dan Salam Tahun Baru Hijrah 1432H

Terlebih dahulu, sidang redaksi Santapan Minda ingin mengucapkan selamat tahun baru 1432H kepada pembaca dan peminat setia Blog Santapan Minda. Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama berdoa, agar kita terus mendapat rahmat dari Allah s.w.t dan akan terus berjaya dalam apa juga perkara yang dialkukan seperti tahun sebelumnya.

Edisi khas Maal Hijrah ini tampil dengan artikel bertajuk Kerja Berpasukan : Perpaduan Ke Arah Peningkatan Produktiviti Kerja hasil sumbangan Cik Siti Atiah bt. Mohd Johan, Pembantu Tadbir di Bahagian Pengurusan Psikologi JPA.
Selamat membaca.











Sunday, December 5, 2010

AMALAN NILAI MURNI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA SEBAGAI PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Sedar tak sedar, kita telah pun sampai ke bulan terakhir bagi tahun 2010. Menuju akhir tahun, barangkali ramai antara kita yang telah mula mencongak-congak akan perancangan baru yang ingin dilaksanakan bagi tahun 2011. Barangkali ada azam baru untuk menambahbaik kekurangan kita dalam tahun ini. Namun, sebelum melabuhakn tirai 2010, ada baiknya untuk kita mengimbas kembali apa yang telah kita capai dalam tahun ini. Dengan menyorot kembali usaha yang telah kita laksanakan, kita dapat mengkaji kekurangan dan kelemahan yang perlu segera diperbaiki, disamping kita akan lebih bermotivasi apabila melihat kejayaan yang telah kita capai.

Ruangan Santapan Minda kali ini ingin mengajak para pembaca yang dihormati untuk melihat amalan nialai murni dalam konsep 1Malaysia. Artikel bertajuk "Amalan Nilai Murni Dalam Konsep 1Malaysia Sebagai Penjawat Awam" adalah hasil tulisan En. Mohd Zamri bin Jusoh dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Selamat membaca.




Monday, November 29, 2010

KEYAKINAN DIRI PENGGERAK KEJAYAAN BERTERUSAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan.

Para pembaca budiman, sidang redaksi Santapan Minda kali ini ingin mengajak para pembaca menyatakan rasa syukur pada Ilahi atas segala kemudahan dan nikmat yang telah dikurniakan sepanjang 2010 ini. Moga dengan rasa syukur itu, kita akan lebih dirahmati dan berjaya hendaknya.
Santapan minda kali ini menyajikan artikel yang bertajuk " Keyakinan Diri Penggerak Kejayaan Berterusan" untuk tatapan dan bacaan para pembaca. Moga kita akan beroleh manfaat dan panduan dalam menempuh liku hidup seharian dengan lebih berjaya.

Sunday, November 28, 2010

KONFLIK PENGHALANG KECEMERLANGAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pembaca yang dihormati,

Artikel untuk bacaan para pembaca budiman kali ini adalah bertajuk Konflik Penghalang Kecemerlangan yang ditulis oleh En. Mohamad Fauzi bin Saad dari Bahagian Pengurusan Psikologi. Semoga artikel ini dapat kita hayati bersam-sama. Selamat membaca.

























Monday, October 11, 2010

ADAB KUNJUNG-MENGUNJUNG SEMPENA HARI RAYA

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersua kita lagi di Ruangan Santapan Minda. Dalam keghaiarahan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang baru berlalu, seharusnya kita dapat mengambil iktibar atas perayaan dan ibadah yang telah kita sambut, di samping kegembiraan di hari lebaran. Salah satu amalan yang boleh kita sama-sama renungkan hikmah dan manfaatnya ialah amalan ziarah dan kunjung-mengunjung antara satu sama lain.


Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati artikel Santapan Minda edisi Oktober ini dan meneruskan amalan mulia kunjung-mengunjung walaupun Syawal telah berlalu.


Tuesday, September 7, 2010

ADAB PADA HARI RAYA ( Artikel Sempena Hari Raya Aidilfitri )

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri.


Para pembaca sekalian.


Alhamdulillah. Selepas selesai menunaikan fardhu Ramadhan selama sebulan, maka tibalah kita dengan Hari Lebaran. Semoga amal ibadat kita pada bulan Ramadhan akan dinilai dan diberi ganjaran oleh Nya. Diharapkan sambutan Aidilfitri kali ini akan memberikan kegembiraan dan keberkatan untuk seisi keluarga.

Bersama-sama ini disertakan artikel khas Santapan Minda Aidilfitri bertajuk "Adab Pada Hari Raya" tulisan Encik Badrul Hisham Abu Hani dari Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA untuk bacaan para pembaca.

Sunday, April 11, 2010

Santapan Minda April 2010





Artikel ini telah disediakan oleh :
Tuan Hj. Mohd. Pakarul Razy bin Mohamad,
Timbalan Pengarah,
Bahagian Pengurusan Psikologi,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Malaysia.


Sunday, January 10, 2010

Blog Santapan Minda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua peminat Santapan Minda dengan ini termeterai sudah Blog Rasmi bagi Ruangan Santapan Minda, semua artikel yang telah dikeluarkan melalui siaran sebelum dan selepas akan dimuatkan di dalam blog ini. Ianya bertujuan sebagai medan rujukan dan penkongsian ilmu secara online.

Jika anda ingin mendapatkan maklum balas dan ingin berkongsi pendapat boleh menghantar kepada email santapan minda iaitu mindabpps@gmail.com.

Semoga dengan adanya kemudahan akan memberi manfaat yang berguna kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

Sidang Redaksi Santapan Minda.