Wednesday, December 29, 2010

AZAM TAHUN BARU….DI MANAKAH KITA??

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan.

Para pembaca yang dihormati,

Bersua kita sekali lagi dalam ruangan Santapan Minda. Mungkin ini akan menjadi pertemuan terakhir kita bagi tahun 2010. Walaubagaimanapun, sidang redaksi Santapan Minda tetap berusaha untuk menyajikan artikel dan bacaan terbaik kepada para pembaca yang mungkin dapat dijadikan bingkisan terakhir bagi menutup tirai 2010 yang gemilang.

Bagi edisi kali ini, marilah kita sama-sama menghayati artikel yang ditulis oleh Puan Siti Syahida binti Jamalluddin dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Selamat membaca dan Selamat tahun baru 2011 dari kami di meja pengarang.






Tuesday, December 7, 2010

Edisi Khas Maal Hijrah : KERJA BERPASUKAN : PERPADUAN KE ARAH PENINGKATAN PRODUKTIVITI KERJA

Assalamualaikum wbt dan Salam Tahun Baru Hijrah 1432H

Terlebih dahulu, sidang redaksi Santapan Minda ingin mengucapkan selamat tahun baru 1432H kepada pembaca dan peminat setia Blog Santapan Minda. Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama berdoa, agar kita terus mendapat rahmat dari Allah s.w.t dan akan terus berjaya dalam apa juga perkara yang dialkukan seperti tahun sebelumnya.

Edisi khas Maal Hijrah ini tampil dengan artikel bertajuk Kerja Berpasukan : Perpaduan Ke Arah Peningkatan Produktiviti Kerja hasil sumbangan Cik Siti Atiah bt. Mohd Johan, Pembantu Tadbir di Bahagian Pengurusan Psikologi JPA.
Selamat membaca.











Sunday, December 5, 2010

AMALAN NILAI MURNI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA SEBAGAI PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Sedar tak sedar, kita telah pun sampai ke bulan terakhir bagi tahun 2010. Menuju akhir tahun, barangkali ramai antara kita yang telah mula mencongak-congak akan perancangan baru yang ingin dilaksanakan bagi tahun 2011. Barangkali ada azam baru untuk menambahbaik kekurangan kita dalam tahun ini. Namun, sebelum melabuhakn tirai 2010, ada baiknya untuk kita mengimbas kembali apa yang telah kita capai dalam tahun ini. Dengan menyorot kembali usaha yang telah kita laksanakan, kita dapat mengkaji kekurangan dan kelemahan yang perlu segera diperbaiki, disamping kita akan lebih bermotivasi apabila melihat kejayaan yang telah kita capai.

Ruangan Santapan Minda kali ini ingin mengajak para pembaca yang dihormati untuk melihat amalan nialai murni dalam konsep 1Malaysia. Artikel bertajuk "Amalan Nilai Murni Dalam Konsep 1Malaysia Sebagai Penjawat Awam" adalah hasil tulisan En. Mohd Zamri bin Jusoh dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Selamat membaca.