Tuesday, March 26, 2013

MEMARTABATKAN SYUKUR DAN SABAR DALAM KEHIDUPAN PENUH UJIAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan.

Tiada lain yang dapat kita panjatkan selain rasa syukur ke hadratNya atas setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita. Nikmat, kesenangan, kebahagian serta pengajaran yang didatangkan dalam pakej yang berbeza-beza barangkali tidak ternilai harganya. Hari demi hari ada sahaja perkara baru yang kunjung tiba. Ada masanya ia perkara yang tidak disangka-sangka, atau kadang kala hadir selepas penantian yang panjang. Semuanya nikmat Allah yang Maha Pemurah, yang mana jika hendak dihitung, pasti kita tidak akan terhitung.

Berbicara lanjut tentang nikmat, ada kalanya nikmat datang bukan dalam bentuk kesenangan. Kemanisan memperoleh sesuatu yang bermakna hadir selepas kesakitan dan kepahitan penuh ranjau yang dihadapi. Allah berjanji bahawa tiada seorang hamba pun yang akan terlepas daripada diuji oleh penciptanya. Dalam mendepani ujian seharian, ada masanya juga kita seakan-akan lemah tidak bermaya dan mungkin berfikir negatif. Mungkin dengan perkongsian yang dinukil oleh saudara kita, Puan Haslinda binti Abdul Razak melalui artikel beliau Memartabatkan Sabar dan Syukur Dalam Kehidupan Penuh Ujian dapat memberi idea untuk kita terus memotivasi diri dalam menghadapi ujian dan kehidupan penuh liku. Moga bermanfaat.

Selamat membaca!.




Sila klik DI SINI untuk paparan artikel yang lebih jelas.