Wednesday, December 19, 2012

MEMBERI TIDAK MENGURANG HARTA YANG ADA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kami dari meja editor Santapan Minda mendoakan agar semua pembaca mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa. Menuju penghujung tahun 2012, banyak sudak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Ada antara peristiwa tersebut yang meninggalkan kesan mendalam, mungkin dalam bentuk memori indah yang akan sentiasa dikenang. Tapi mungkin juga ada antara yang berlaku dalam tahun 2012 ini adalah kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan. Apapun, segalanya akan berlalu dan setiap keindahan serta kebaikan yang berlaku atau pengalaman pahit itu eloklah untuk kita sama-sama jadikan panduan, iktibar dan pengajaran untuk kita merancang tahun baru 2013 dengan lebih baik.

Bagi perkongsian terakhir tahun ini, ayuh kita hayati artikel bertajuk "Memberi Tidak Mengurang Harta Yang Ada " yang disumbangkan oleh Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin. Semoga bermanfaat.



Untuk bacaan lanjut, bolehlah KLIK DI SINI 

Wednesday, October 17, 2012

KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA


Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan


Para pembaca budiman.
Alhamdulillah, syukur kita dapat bertemu lagi kali ini dalam ruangan Santapan Minda. tradisi perkongsian pengetahuan, tips dan teknik berkaitan psikologi, spiritual dan kerohanian yang bermula sejak dulu diteruskan lagi dalam keluaran kali ini. Bagi perkongsian kita kali ini, kami di meja editor menyajikan artikel bertajuk Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa yang ditulis oleh Puan Zaiton binti Mamat dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Semoga kita akan mendapat manfaat daripada pembacaan kita. Selamat membaca.





Untuk bacaan lanjut, bolehlah KLIK DI SINI 


Monday, September 3, 2012

BERKAWAN SAMPAI KE SYURGA


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Para Pembaca budiman yang dirahmati Allah sekalian, Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dapat bersua di Ruangan Santapan Minda bagi edisi kali ini. Sesungguhnya, tiadalah yang lebih bermakna dalam hari seseorang insan itu melainkan bertambahnya ilmu beliau berbanding hari semalam, meningkatnya darjat ia berbanding semalam dan bertambahlah sumbangannya kepada dunia yang didiami menjadikan dirinya lebih bermanfaat kepada orang lain dari hari ke hari. Atas semangat dan kefahaman sedemikian, marilah kita sama-sama menghayati satu perkongsian ilmu yang disumbangkan oleh Puan Zaiton binti Mamat melalui satu artikel yang bertajuk "Berkawan Hingga Ke Syurga". Semoga kita akan beroleh manfaat dan dapat menjadikan diri kita lebih bermanfaat untuk semua orang di sekeliling kita hendaknya. Insyaallah.

Untuk bacaan lanjut, sila klik DI SINI

Friday, August 3, 2012

ANTARA DUA KEGEMBIRAAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur, kita masih lagi dapat bersua di Ruanagan Santapan Minda untuk kali ini. Syukur juga kerana dengan izinNya, kita masih lagi dipertemukan dan diberi peluang untuk melaksanakan amal ibadah dalam bulan penuh kemuliaan iaitu Ramadhan al-Mubarak. marilah kita Hari ini sudah hampir separuh perjalanan Ramadhan kita. Jadi apakah agaknya pencapaian Ramadhan tahun ini? Adakah niat, azam dan harapan Ramadhan yang telah kita tetapkan di awal Ramadhan lalu telah nampak hasilnya. Moga separuh perjalanan Ramadhan kita berjaya untuk menjadi tarbiyyah terbaik dalam mendidik jiwa ibarat servis berkala untuk minda,hati dan rohani kita setelah 11 bulan menempuh kehidupan yang penuh pancaroba.

DI ruangan ini kali ini, meja pengarang ingin mengajak para pembaca budiman sekalian untuk menghayati fasa akhir Ramadhan dengan perspektif sedikit berbeza. Perspektif itu ialah melihat kegembiraan yang bakal diperoleh orang yang berpuasa. Apakah kegembiraan yang dimaksudkan? Sama-samalah kita lihat dalam artikel Antara Dua Kegembiraan yang ditulis oleh Encik Mohd Izuddin bin Mashkor. Selamat Berpuasa dan Selamat Membaca.






*Artikel ini juga boleh dilayari dengan KLIK di sini

Tuesday, June 5, 2012

IKUT RASA, TAKUT DIRI BINASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, dapat kita bersua lagi dalam ruangan Santapan Minda. Bagi edisi kali ini, kita akan membincangkan pengurusan kemarahan, satu kemahiran yang sepatutnya diketahui oleh semua. Ini kerana kemarahan adalah fenomena biasa yang akan dan sering kita hadapai dalam kehidupan seharian. Kebolehan dalam mengawal marah akan menggambarkan personaliti kita yang baik dan cemerlang. Mungkin begitu jugalah gambaran kita jika sebaliknya.

Bagi menambah pengetahuan kita bersama, marilah kita hayati satu artikel yang bertajuk " Ikut Rasa, Takut Diri Binasa' sumbangan Encik Mohd Izuddin bin Mashkor dari Bahagian Pengurusan Psikologi. Selamat membaca.



*Artikel ini juga boleh dilayari dengan KLIK di sini

Wednesday, May 16, 2012

KELUARGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur kita dapat beremu lagi di ruangan Santapan Minda kali ini.

Impian untuk mempunyai keluarga bahagia sememangnya menjadi impian setiap orang dalam melayari kehidupan ini. Keluarga bahagia jauh lebih besar ertinya jika dibandingkan dengan semua kekayaan atau harta dunia yang lain. Keluarga bahagia bolehlah dilihat dari hubungan antara pasangan, hubungan akrab ibu bapa-anak serta perhubungan mesra sesama ahli keluarga yang lain. Dalam  membina keluarga ke arah konsep Baiti Jannati, mungkin tips-tips kekeluargaan berikut boleh kita amalkan bersama-sama. Selamat mencuba.



Tips dan informasi ini aalah diterbitkan dengan kerjasama Unit Kaunseling Kesejahteraan, BPPs.

Wednesday, April 11, 2012

KEMESRAAN TERZAHIR, KASIH BERTAUT

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan


Para pembaca budiman,

Alhamdulillah, syukur kita dapat bertemu lagi kali ini dalam ruangan Santapan Minda. Semoga pertemuan kita di laman ini akan terus berkekakalan disamping kita dapat terus berkongsi maklumat dan idea terbaharu dalam membangunkan diri serta memperelok budi bagi menjadi insan cemerlang. Bagi perkongsian kita kali ini, kami di meja editor menyajikan artikel bertajuk Kemesraan Terzahir, Kasih Bertaut yang ditulis oleh Puan Zaiton binti Mamat dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Semoga kita akan mendapat manfaat daripada pembacaan kita. Selamat membaca.




Untuk bacaan lanjut, bolehlah KLIK DI SINI 

Monday, March 5, 2012

MUTIARA KATA 3S : Senyum, Salam dan Sapa

Buah akal adalah pengetahuan, buah jiwa adalah iman dan buah fizikal adalah kemajuan.
_____________________________________________________________

Menurut Saiditina Aisyah (r.a) " ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W.. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda : Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman dari wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.

Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah S.A.W.:
Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu dari jauh tadi, engkau berkata begitu dan begini. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.

Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihat aku tidak berbuat baik?

Hadith riwayat Imam Al-Bukhari.

Sunday, February 5, 2012

PERSONALITI UNGGUL DAN AKHLAK TERPUJI

Assalamualikum wbt dan Salam Sejahtera

Marilah kita mengucapkan syukur sebanyak-banyaknya atas nikmat yang masih Allah pinjamkan untuk kita hingga ke hari ini. Dalam mood memperingati Rasulullah S.A.W pada bulan kelahiran baginda ini, marilah juga kita terus berselawat ke atas baginda sebagai tanda cinta kita kepada baginda.

Kami dari meja redaksi Santapan Minda ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidul Rasul. Isilah cuti umum pada hari kelahiran baginda dengan memperingati Rasulullah S.A.W dengan sebanyak-banyaknya. Sambil itu, marilah kita menghayati artikel bertajuk Personaliti Unggul dan Akhlak Terpuji. Selamat membaca.



Thursday, February 2, 2012

EDISI KHAS 2012 : ANAK ISTIMEWA SEMEMANGNYA ISTIMEWA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas keizinan dan rahmatNya hingga membolehkan kita terus bersua di ruangan Santapan Minda. Sebagai hidangan tambahan untuk tatapan peminat ruangan ini, kami di meja redaksi ingin berkongsi artikel keluaran khas tahun 2012 yang dikongsikan oleh Encik Mohd Faisal bin Idris dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Semoga dapat kita hayati dengan mendalam artikel yang ditulis oleh beliau.

Monday, January 9, 2012

BIJAK BERBELANJA : SATU UNTUK HARI INI, SATU UNTUK MASA DEPAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Para Pembaca Budiman,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya kita diberi kesempatan untuk terus menjengah ke tahun 2012. Tahun baru bermakna kita punya 365 hari lagi untuk menyusun strategi dan meneruskan langkah dengan yakin sebelum kita akan menilai sama ada kita lebih baik, sama atau semakin kurang baik berbanding tahun lalu. Jika ada kesilapan, kekurangan dan pembetulan diri yang perlu dilakukan, segeralah kita laksanakan agar kita menjadi insan yang lebih baik dan sempurna.

Sebagai permulaan pertemuan kita di tahun baharu ini, Ruangan Santapan Minda ingin mengajak para pembaca sekalian untuk menghayati artikel sumbangan Encik Mohd Izuddin bin Mashkor dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA yang bertajuk Bijak Bebelanja : Satu Untuk Hari Ini, Satu Untuk Masa Depan. Semoga kita semua beroleh manfaat.



Sila klik DI SINI untuk paparan artikel dengan lebih jelas.