Monday, December 19, 2011

KESIHATAN MENYELURUH BERMULA DENGAN PERUT YANG SIHAT

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Para Pembaca Budiman,
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan usia dengan nikmat Allah yang terus melimpah ruah tiada penghujungnya. Walaupun kita telah berada ke hujung tahun, namun itu bukan sebab untuk kita menurunkan prestasi dan komitmen kita. Dalam meniti masa-masa yang ada, alangkah baiknya jika memulakan penilaian terhadap diri sendiri. Penilaian ini adalah untuk melihat sama ada prestasi kita meningkat, sama atau menurun berbanding tahun lalu. Jika meningkat, syukur dan teruskanlah keazaman itu bagi tahun hadapan. Jika berkurangan atau tidak berubah, carilah ruang untum pembaikan segera agar langkah kita di tahun 2012 dimulakan dengan tenang dan bersemangat.

Bagi edisi kali ini, marilah kita hayati artikel yang disumbangkan oleh Encik Nor Zahidi bin Abd. Rahman dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA yang bertajuk Kesihatan Menyeluruh Bermula Dengan Perut Yang Sihat. Semoga kita beroleh manfaat bersam-sama insyaallah.


Tuesday, November 15, 2011

DUGAAN ADALAH PENYERI HIDUP

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan


Para pembaca budiman,

Alhamdulillah, syukur kita dapat bertemu lagi kali ini dalam ruangan Santapan Minda. Semoga pertemuan kita di laman ini akan terus berkekakalan disamping kita dapat terus berkongsi maklumat dan idea terbaharu dalam membangunkan diri serta memperelok budi bagi menjadi insan cemerlang. Bagi perkongsian kita kali ini, kami di meja editor menyajikan artikel bertajuk Dugaan Adalah Penyeri Hidup yang ditulis oleh Encik Nor Zahidi bin Abd Rahman dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Semoga kita akan mendapat manfaat daripada pembacaan kita. Selamat membaca.
Sila klik DI SINI untuk paparan artikel dengan lebih jelas.







Wednesday, August 24, 2011

MENGHAYATI SYAWAL DENGAN BERMAKNA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Para pembaca yang dihormati,

Kita telah pun berada di akhir Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan rahmat Allah. Pastinya ramai antara kita yang merasa sayu kerana tepaksa meninggalkan bulan yang dijanjikan Allah dengan pelbagai rahmat dan kemapunanNya. Dalam waktu sebegini mungkin antara kita telah mula merasai bahang Hari Raya yang bakal menjelma. Segala persiapan untuk menyambut hari lebaran pasti telah dimulakan dengan membeli baju baharu dan makanan yang ingin dijamu kepada tetamu yang hadir. Tidak kurang juga yang telah mula merancang cuti dan perjalanan balik kampung. Dalam kemeriahan yang dirasai ini, kita seharusnya sentiasa ingat bahawa Hari Raya Aidilfitri juga adalah sebahagian ibadah. Dengan meraikan 1 Syawal mengikut lunas dan panduan yang ditetapkan oleh allah, pastinya Hari Raya nanti akan menjadi pelengkap kepada semua ibadah yang telah kita lakukan dengan sepenuh hati sepanjang Ramadhan.

Ruangan ini kali ini ingin mengajak para pembaca menghayati artikel yang ditulis oleh Cik Siti Atiah bt. Mohd Johan yang bertajuk Menghayati Syawal Dengan Bermakna. Selamat membaca dan kami dari meja editor mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN




Sila klik DI SINI untuk paparan artikel dengan lebih jelas.




































































































.





































































































Monday, July 25, 2011

IKHLAS ITU RAHSIA ALLAH : PENGIKTIRAFAN AGUNG


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas keizinan dan rahmatNya hingga membolehkan kita terus bersua di ruangan Santapan Minda.

Dalam meniti kehidupan berkerjaya, sering kali kita tercari-cari apakah perkara yang dapat dijadikan semangat dan azimat agar kita terus berupaya untuk melaksanakan tugasan harian dengan cemerlang dan efektif. Ini kerana kita selalu berhadapan situasi-situasi sukar yang mungkin menekan hingga mengurangkan tahap motivasi kita. Sebagai alternatif, pengiktirafanlah yang akan menjadi sumber bagi terus menyemarakkan semangat kita untuk terus bekerja.

Dalam ruangan Santapan Minda kali ini, pengarang Encik Ahmad Izzuddin Fahmi Che Ab Rahim ingin mengajak para pembaca sekalian melihat konsep pengiktirafan agung yang hanya diberi oleh Allah s.w.t kepada hambanya yang terpilih. Moga dengan bacaan kita kali ini, kita akan dapat terus menyemarakkan iltizam dalam kerjaya kita insyaallah.

Selamat membaca.








Tuesday, July 19, 2011

MENGGAMIT KEDATANGAN RAMADHAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t atas keizinanNya dapat kita bertemu lagi dalam ruangan ini. Jika kita menyelak kalendar, hanya tinggal 11 hari sahaja lagi Julai akan berakhir. Sedar atau tidak, ini juga menandakan kita hanya dipisahkan selama 10 atau 11 hari sahaja lagi dengan Ramadhan al-Mubarak.


Kehadiran bulan yang menjanjikan barakah dan maghfirah Allah ini pasti menjadi saat yang sentiasa ditunggu-tunggu. Manakan tidak, kerana inilah peluang yang terbuka luas untuk setiap kita melipat gandakan amalan soleh dan kebajikan yang mungkin dapat menebus dosa dan kealpaan kita selama ini. Untuk tujuan itu, Ruangan Santapan Minda kali ini menyajikan satu artikel terbitan khas sempena Syaaban yang bertajuk Menggamit Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak hasil sumbangan Puan Zaiton binti Mamat dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Semoga kita beroleh manfaat.



























Monday, May 16, 2011

KAWALAN MINDA

Assalamualikum wbt dan Salam 1 Malaysia.


Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua pembaca. Sambutan hari pekerja tahun ini yang telah disambut pada 1 Mei lalu dan disusuli dengan Perhimpunan Perpaduan Hari Pekerja pada 7 Mei lepas mencerminkan betapa kerajaan amat menghargai peranan kita sebagai pekerja tidak kira kita bekerja dari sektor awam mahu pun sektor swasta.


Dalam menempuh tahun penuh cabaran 2011, sedar atau tidak sudah hampir setengah tahun kita tempuhi. Dari aspek perancangan kerja, barang kali sudah tiba masa untuk kita menilai pencapaian kita. Adakah kita masih berada di landasan yang betul dalam merealisasikan perancangan yang dibuat pada Januari yang lalu, atau kita sudah mula hilang arah.


Bagi bacaan kita bersama kali ini, ruangan Santapan Minda ingin mengajak para pembaca menghayati satu lagi artikel sumbangan Puan Razinah binti Sohor dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA yang bertajuk Kawalan Minda. Selamat membaca.












































Wednesday, March 30, 2011

MENGURUS MUSIBAH DENGAN BIJAKSANA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

Keperitan dan kesukaran adalah asam garam kedhidupan harian kita. Mungkin kita merasa apa yang kita hadapi amat payah dan sukar. Dalam menghadapi musibah dengan bijak, seharusnya kita kekal tenang agar setiap perkara yang dihadapi dapat diselesaikan dengan bijaksana.

Justeru, ruangan Santapan Minda kali ini mengajak para pembaca sekalian untuk menghayati satu artikel bertajuk Mengendalikan Musibah Dengan Bijaksana sebagai bacaan yang boleh memberikan maklumat. Artikel ini adalah hasil sumbangan Encik Mohd Fathul Adni Jasni.
Selamat membaca.




Sunday, February 27, 2011

SIKAP ANDA MENENTUKAN PRESTASI ORGANISASI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

Tahun 2011 sudah melangkah ke bulan Febuari. Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita masih lagi diberi peluang mengecapi nikmat kemakmuran dan kesejahteraan dalam negara yang kita cintai.

Sebagai seorang penjawat awam, seorang pekerja di sektor swasta, pelajar atau seorang peniaga, pastinya kita telah memulakan tugasan dan kerja-kerja kita yang perlu dilakukan bagi tahun ini. Mungkin juga kita masih tercari-cari rentak atau cara terbaik untuk melaksanakan segala perancangan dengan lebih baik berbanding tahun lepas.

Justeru, ruangan Santapan Minda kali ini mengajak para pembaca sekalian untuk menghayati satu artikel bertajuk Sikap Anda Menentukan Prestasi Organisasi sebagai bacaan yang boleh memberikan maklumat dan mungkin dapat memandu kita meneruskan kecemerlangan untuk tahun 2011 ini. Selamat membaca.



Wednesday, January 19, 2011


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Para Pembaca Budiman,

Adalah dimaklumkan bahawa BLOG SANTAPAN MINDA sedang menjalani penambahbaikan dan akan tampil dengan imej yang lebih segar. Kami akan kembali menemui pembaca dalam kadar segera. Sepanjang proses ini, para pembaca mungkin akan mengalami kesulitan dalam mengakses artikel dari blog ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Tuesday, January 18, 2011

KEHARMONIAN DI TEMPAT KERJA

Assalamualaikum wbt dan Salam Tahun Baru 2011.

Alhamdulillah, marilah kita melafazkan syukur pada Ilahi atas kesempatan yang masih dipinjamkan kepada kita sehingga kita dapat bersua lagi di tahun baru.

Memulakan tahun 2011, Santapan Minda juga tampil dengan wajah baru di mana blog ini bakal melalui transformasi agar lebih dekat dengan pembaca serta terus menyajikan bacaan yang menepati selera pembaca sekalian. Bagi tahun 2011, banyak topik baru yang lebih menarik disusun untuk disajikan kepada para pembaca budiman dalam usaha kami untuk menjadikan blog ini sebagai wadah perkongsian maklumat yang terbaik. Di kesempatan ini juga, saya sekali lagi mempelawa para pembaca atau mana-mana pihak yang berminat untuk menyumbang artikel untuk diterbitkan dalam blog ini, agar dapat menghubungi kami melalui emel yang tertera.
Bagi edisi kali ini, Blog Santapan Minda ingin berkongsi artikel bertajuk "Keharmonian di Tempat Kerja" yang ditulis oleh Encik Ahmad Izzuddin Fahmi Che Abd Rahim, Penolong Pengarah di Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Selamat membaca.