Tuesday, March 26, 2013

MEMARTABATKAN SYUKUR DAN SABAR DALAM KEHIDUPAN PENUH UJIAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan.

Tiada lain yang dapat kita panjatkan selain rasa syukur ke hadratNya atas setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita. Nikmat, kesenangan, kebahagian serta pengajaran yang didatangkan dalam pakej yang berbeza-beza barangkali tidak ternilai harganya. Hari demi hari ada sahaja perkara baru yang kunjung tiba. Ada masanya ia perkara yang tidak disangka-sangka, atau kadang kala hadir selepas penantian yang panjang. Semuanya nikmat Allah yang Maha Pemurah, yang mana jika hendak dihitung, pasti kita tidak akan terhitung.

Berbicara lanjut tentang nikmat, ada kalanya nikmat datang bukan dalam bentuk kesenangan. Kemanisan memperoleh sesuatu yang bermakna hadir selepas kesakitan dan kepahitan penuh ranjau yang dihadapi. Allah berjanji bahawa tiada seorang hamba pun yang akan terlepas daripada diuji oleh penciptanya. Dalam mendepani ujian seharian, ada masanya juga kita seakan-akan lemah tidak bermaya dan mungkin berfikir negatif. Mungkin dengan perkongsian yang dinukil oleh saudara kita, Puan Haslinda binti Abdul Razak melalui artikel beliau Memartabatkan Sabar dan Syukur Dalam Kehidupan Penuh Ujian dapat memberi idea untuk kita terus memotivasi diri dalam menghadapi ujian dan kehidupan penuh liku. Moga bermanfaat.

Selamat membaca!.




Sila klik DI SINI untuk paparan artikel yang lebih jelas.

Monday, February 11, 2013

TOPENG DIRI

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur,kita masih diberi nafas untuk hidup dan dapat bersua lagi dalam ruangan Santapan Minda kali ini.

Setiap hari kita akan bertemu dengan pelbagai jenis sikap manusia sehingga boleh mengubah emosi kita daripada sedih kepada gembira, takut kepada berani, daripada marah kepada sabar dan pelbagai lagi, dan tanpa kita sedar perkara-perkara inilah yang menambahkan warna warni dalam hidup kita. Oleh itu, sejauh mana diri kita menjadi penyumbang emosi positif atau negatif kepada orang-orang disekeliling.

Bagi menambahkan pengetahuan kita bersama terdapat sedikit perkongsian artikel bertajuk Topeng Diri yang ditulis oleh Cik NurFarhah binti Mohd Najib. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. Selamat membaca. 










Tuesday, January 8, 2013

MERINTIS KEHEBATAN MELALUI KEYAKINAN DIRI


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Para Pembaca Budiman,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya kita diberi kesempatan untuk terus menjengah ke tahun 2013. Tahun baru bermakna kita punya 365 hari lagi untuk menyusun strategi dan meneruskan langkah dengan yakin sebelum kita akan menilai sama ada kita lebih baik, sama atau semakin kurang baik berbanding tahun lalu. Jika ada kesilapan, kekurangan dan pembetulan diri yang perlu dilakukan, segeralah kita laksanakan agar kita menjadi insan yang lebih baik dan sempurna.

Sebagai permulaan pertemuan kita di tahun baharu ini, Ruangan Santapan Minda ingin mengajak para pembaca sekalian untuk menghayati artikel sumbangan Encik Mohd Izuddin bin Mashkor dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA yang bertajuk Merintis Kejayaan Melalui Keyakinan Diri . Semoga kita akan melangkah yakin di tahun baharu 2013.








Sila klik DI SINI untuk paparan penuh artikel dan bacaan lanjut.

Wednesday, December 19, 2012

MEMBERI TIDAK MENGURANG HARTA YANG ADA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kami dari meja editor Santapan Minda mendoakan agar semua pembaca mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa. Menuju penghujung tahun 2012, banyak sudak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Ada antara peristiwa tersebut yang meninggalkan kesan mendalam, mungkin dalam bentuk memori indah yang akan sentiasa dikenang. Tapi mungkin juga ada antara yang berlaku dalam tahun 2012 ini adalah kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan. Apapun, segalanya akan berlalu dan setiap keindahan serta kebaikan yang berlaku atau pengalaman pahit itu eloklah untuk kita sama-sama jadikan panduan, iktibar dan pengajaran untuk kita merancang tahun baru 2013 dengan lebih baik.

Bagi perkongsian terakhir tahun ini, ayuh kita hayati artikel bertajuk "Memberi Tidak Mengurang Harta Yang Ada " yang disumbangkan oleh Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin. Semoga bermanfaat.



Untuk bacaan lanjut, bolehlah KLIK DI SINI