Sunday, February 5, 2012

PERSONALITI UNGGUL DAN AKHLAK TERPUJI

Assalamualikum wbt dan Salam Sejahtera

Marilah kita mengucapkan syukur sebanyak-banyaknya atas nikmat yang masih Allah pinjamkan untuk kita hingga ke hari ini. Dalam mood memperingati Rasulullah S.A.W pada bulan kelahiran baginda ini, marilah juga kita terus berselawat ke atas baginda sebagai tanda cinta kita kepada baginda.

Kami dari meja redaksi Santapan Minda ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidul Rasul. Isilah cuti umum pada hari kelahiran baginda dengan memperingati Rasulullah S.A.W dengan sebanyak-banyaknya. Sambil itu, marilah kita menghayati artikel bertajuk Personaliti Unggul dan Akhlak Terpuji. Selamat membaca.



Thursday, February 2, 2012

EDISI KHAS 2012 : ANAK ISTIMEWA SEMEMANGNYA ISTIMEWA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas keizinan dan rahmatNya hingga membolehkan kita terus bersua di ruangan Santapan Minda. Sebagai hidangan tambahan untuk tatapan peminat ruangan ini, kami di meja redaksi ingin berkongsi artikel keluaran khas tahun 2012 yang dikongsikan oleh Encik Mohd Faisal bin Idris dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Semoga dapat kita hayati dengan mendalam artikel yang ditulis oleh beliau.

Monday, January 9, 2012

BIJAK BERBELANJA : SATU UNTUK HARI INI, SATU UNTUK MASA DEPAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Para Pembaca Budiman,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya kita diberi kesempatan untuk terus menjengah ke tahun 2012. Tahun baru bermakna kita punya 365 hari lagi untuk menyusun strategi dan meneruskan langkah dengan yakin sebelum kita akan menilai sama ada kita lebih baik, sama atau semakin kurang baik berbanding tahun lalu. Jika ada kesilapan, kekurangan dan pembetulan diri yang perlu dilakukan, segeralah kita laksanakan agar kita menjadi insan yang lebih baik dan sempurna.

Sebagai permulaan pertemuan kita di tahun baharu ini, Ruangan Santapan Minda ingin mengajak para pembaca sekalian untuk menghayati artikel sumbangan Encik Mohd Izuddin bin Mashkor dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA yang bertajuk Bijak Bebelanja : Satu Untuk Hari Ini, Satu Untuk Masa Depan. Semoga kita semua beroleh manfaat.



Sila klik DI SINI untuk paparan artikel dengan lebih jelas.





Monday, December 19, 2011

KESIHATAN MENYELURUH BERMULA DENGAN PERUT YANG SIHAT

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Para Pembaca Budiman,
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan usia dengan nikmat Allah yang terus melimpah ruah tiada penghujungnya. Walaupun kita telah berada ke hujung tahun, namun itu bukan sebab untuk kita menurunkan prestasi dan komitmen kita. Dalam meniti masa-masa yang ada, alangkah baiknya jika memulakan penilaian terhadap diri sendiri. Penilaian ini adalah untuk melihat sama ada prestasi kita meningkat, sama atau menurun berbanding tahun lalu. Jika meningkat, syukur dan teruskanlah keazaman itu bagi tahun hadapan. Jika berkurangan atau tidak berubah, carilah ruang untum pembaikan segera agar langkah kita di tahun 2012 dimulakan dengan tenang dan bersemangat.

Bagi edisi kali ini, marilah kita hayati artikel yang disumbangkan oleh Encik Nor Zahidi bin Abd. Rahman dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA yang bertajuk Kesihatan Menyeluruh Bermula Dengan Perut Yang Sihat. Semoga kita beroleh manfaat bersam-sama insyaallah.