Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah merafakkan setinggi kesyukuran kepada yang
maha esa dan bersyukurlah kerana kita dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana aman damai hasil kemerdekaan negara. Ketika beberapa negara Islam dilanda perang saudara atau diserang musuh, kita dapat menjalani ibadah puasa dan berhari raya dengan sempurna. Saat kita makan dengan pelbagai juadah terhidang tetapi saudara-saudara
kita di Palestin menerima bedilan senjata. Begitu juga di Mesir, tindakan kerajaan
sementara menanggani kebangkitan penyokong bekas presiden yang
digulingkan mengundang kepada kehancuran
demokrasi malah bakal mengheret negara itu ke kancah perang saudara
seperti mana yang berlaku di Iraq yang tiada kesudahannya mahupun di Syria
ketika ini.Titipkankan doa buat saudara-saudara kita di sana. Justeru itu, mari sama-sama antara kita menjaga keamanan yang ada agar kenikmatan ini akan terus dinikmati oleh generasi anak cucu kita.
Santapan minda kali ini, ingin mengajak para pembaca sekalian menghayati artikel Perkaitan Kecerdasan Spiritual dan Motivasi Kerja, hasil sumbangan Encik Mohd Haikal Anuar Bin Adnan dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA.
Salam Eid-Mubarak-Salam Aidilfitri 1434 Hijrah. Salam kemerdekaan, Malaysiaku berdaulat tanah tumpahnya darahku.